Majlis Cukur Jambul - IRFAN QAISER

Kali ini pula kami ke Jelai, Negeri Sembilan untuk majlis cukur jambul untuk pasangan Intan dan Johan. Ini kali kedua kami untuk shoot mereka dari majlis perkahwinan mereka sehinggalah ke cahaya mata mereka yang pertama, Irfan Qaiser. Majlis bertambah meriah dengan kehadiran sanak saudara dan juga dimeriahkan dengan majlis perkahwinan adik pasangan Intan, iaitu Ayang hari esoknya.

Majlis bertambah happening dengan kenakalan dan keceriaan baby Irfan. Pantang nampak kamera terus tersengih. hehehe... Terima kasih atas kerjasama kalian. :) Nantikan album ye!